Thursday, 27 December 2012

Femenisme : salah siapa ?


Bismillahirrahmanirahim..

"wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan. sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu terang dan nyata"

[al-Baqarah : 208]


Assalamualaikum semua...

Sebelum kalian membaca entri saya untuk kali ini, perlulah kalian tahu bahawasanya saya masih lagi dalam proses PEMBELAJARAN dan PENCARIAN dan setiap idea dan pandangan saya BOLEH dikritik dan diubah.

Setelah ditijau sejarah dahulu, semasa zaman jahiliyah, wanita diseksa dan dilayan tidak ubah seperti hamba dan lebih teruk dari itu, anak-anak perempuan ditanam hidup-hidup. Pada zaman Babylon,
jika suami membunuh seseorang, maka isterinya dihukum mati menggantikan tempatnya.
Seterusnya, mari kita lihat masyarakat-masyarakat dahulu memperlakukan wanita.. Baca betul-betul !

Masyarakat Greek menganggap wanita lebih rendah nilainya dari lelaki. Pelacuran pula adalah amalan biasa di setiap peringkat dalam masyarakat Greek dan Rom.
Masyarakat Mesir kuno menganggap wanita adalah lambang syaitan.
Masyarakat Arab pula mewarisi tradisi membunuh anak perempuan hidup-hidup.
Masyarakat Hindu lebih dahsyat membakar seorang isteri bersama dengan mayat suaminya.

Dasyat sungguh  ! Saya pasti tidak mampu untuk hidup pada zaman-zaman tersebut..

Tapi, perancangan Allah yang terbaik.. Dia mengutuskan Nabi Muhammad sebagai rahmat untuk kesemua manusia.. Cuba bayangkan, dalam keadaan dunia menafikan hak-hak wanita, tetapi, ada seorang insan yang muncul dengan wahyu dan membela hak-hak mereka..


Urwah bin al-Zubair bahawa Aisyah isteri Nabi menceritakan kepadanya, kata Aisyah: Telah datang kepadaku seorang wanita bersama dua orang anak perempuannya meminta (makanan) daripadaku sedangkan tiada padaku melainkan sebiji tamar. Aku berikan kepadanya, lalu dia membahagikannya untuk kedua anaknya. Kemudian dia bangun dan keluar. Apabila Nabi masuk, aku pun menceritakan kepadanya, lalu baginda bersabda: Sesiapa yang mengendalikan sesuatu urusan anak-anak perempuan lalu dia melakukan kebaikan kepada mereka maka mereka menjadi penghalang dari api neraka untuknya.

Tengok ! Nabi sangat menjaga kebajikan wanita..

Namun, apabila tiba zaman era globalisasi, maklumat dihujung jari, kita mendengar tentang satu gerakan yang memperjuangkan hak-hak wanita. Femenisme. ya !
Bagi yang tidak mengetahui maksud Femenisme, jangan risau. saya akan terangkan. Femenisme ialah satu ideologi atau gerakan yang memperjuangkan kesamarataan dan keadilan hak antara lelaki dan perempuan.

Pada era 1700, muncul seorang wanita yang bernama Mary Wollstnecraft dan menyuarakan pandangan bahawa wanita mesti bangun dan tidak hanya bergantung kepada kaum lelaki sahaja. Beliau wanita pertama yang menggoyahkan pemikiran masyarakan pada zaman itu yang menganggap wanita lemah berbanding lelaki.

Sekarang, muncullah gerakan Femenisme yang sangat dibenci oleh muslim. Terdapat banyak aliran Femenisme contohnya Feminisme liberal, Feminisme radikal, Feminisme post modern, Feminisme anarkis, Feminisme Marxis, Feminisme sosialis, Feminisme postkolonial, dan Feminisme Nordic.
boleh rujuk kat sini http://id.wikipedia.org/wiki/Feminisme#Sejarah_Feminisme 


Islamic Femenisme Symbol



Kedudukan wanita dalam konsep poligami dan hak pewarisan harta pusaka antara isu yang dimainkan oleh mereka. Mereka mahukan wanita sebagai ketua negara (Perdana Menteri) dan wanita tidak patut diasingkan dari lelaki didalam masjid. Mereka juga menolak kewajipan bertudung dan mendakwan bahawa pemakaian sopan adalah cukup untuk lelaki mahupun wanita.

Pernahkah kalian fikir, kenapa mereka boleh terfikir untuk melakukan sedemikian ?
Adakah salah kaum lelaki yang asyik menindas kaum wanita. Yes. saya tahu, lelaki merupakan pemimpin bagi kaum wanita. tapi adakah seorang pemimpin itu boleh untuk menindas sesuka hati ? Itukah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad ? Menggunakan dalil "arrijalum qawwamuna a'al nisa' tidak memadai saudara..

Saya sebagai seorang wanita kadangkala turut merasai. Kami tidak mahu disanjung, cuma berikan sedikit penghormatan anda kepada kami. Saya pernah mengikuti satu demonstrasi yang diadakan di Dataran Merdeka tempoh hari. Dan apabila mereka memanggil wakil untuk berucap dihadapan dan duduk sebaris dengan pemimpin lain, saya lihat mereka bukan terdiri daripada orang yang belajar agama. Bukan saya nak memperlekehkan cuma dimana wanita yang belajar agama dan sopan berpakaian lantas boleh menjadi contoh kepada masyarakat ?

Sejak hari itu, saya mula berfikir.. Dan saya rasa saya sudah jumpa jawapan.. Saya seorang yang belajar agama. Saya duduk dalam enviroment agama dan saya dapati, apabila ada dikalangan  pelajar wanita yang berani ke hadapan dan berhujah, mereka akan dipandang serong. Maaf saya katakan. Dan apabila perkara ini berterusan, maka kuranglah lahirnya wanita-wanita yang akan berani apabila sudah keluar dari sesebuah institusi. Pernahkah anda fikir tentang ini ?

Saya tahu, mungkin kaum lelaki ada hujah yang tersendiri untuk menyangkal hujah saya. Perempuan kalau kehadapan lambat dan sebagainya. Tak perlu saya sebutkan. Akan tetapi, tidak semua perempuan sedemikian. Kenapa mereka tidak diberi peluang ?

Dan apabila saya menimbulkan isu Femenisme, ramai yang akan mencemuh dan akan menganggap saya bersama dengan mereka. Geram pun ada. Kenapa tidak mendengar penjelasan dulu ?

Untuk kesimpulannya, setiap orang memainkan dan mempunyai peranan dalam setiap apa yang berlaku disekelilingnya. Jangan cepat menghukum. Kita pendakwah, bukan penghukum !

Terima kasih kerana sudi menghabiskan pembacaan. Seperti yang saya katakan tadi, entri saya boleh DIKRITIK. tapi, saya tidak sukakan pergaduhan.. Jikalau terdapat kesumbangan dan kesalahan fakta, sila sila lar tegur yea. post saya kali nie mungkin agak panjang.. sokey sebab blog nie bukan hanya 5 atau 6 perenggan.
wallahualam ^^

Wednesday, 26 December 2012

68 : 1


Bismillahirrahmanirahim... ^^


"katakanlah (Muhammad), 'tidaklah sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyak yang buruk itu menarik hatimu, maka bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang mempunyai akal yang sihat, agar kamu beruntung"

[al -Maidah : 100]

Assalamualaikum..

kenapa tajuk saya kali nie 68 : 1 ? apa maksudnya yea KasutRiben ?  kepada yang dah tahu, teruskan membaca.. okey.. korang perasan tak, kalau ada member-member korang post status ayat Quran kat facebook, mereka akan tulis >>>

"wahai orang-orang yang beriman ! Mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan ?"

[61 : 2]

cuba korang bukak Quran dan tengok kat senarai NAMA SURAH.. number 61 surah ape ? wah ! pandainye.. surah as-Shaff.. 2 tue pulak bermaksud AYAT KE BERAPA dari surah tersebut.. kesimpulannya is surah As-Shaff ayat ke-2..

err, macam ustazah pulak.. :P

kembali kepada asal... hari jom kita sama-sama tadabbur kitab cinta kita..al Quran.. ^^

 
"Nuun. Demi pena dan apa yang mereka tuliskan"
 
[68 : 1]  atau   [al-Qalam : 1]


masa muda-muda dulu, saya pelik..kenapa dalam Quran ade surah nie.. Qalam.. yang saya tahu, orang akan sebut "kale" dalam longhat kelantan atau "kalam".. baru sekarang saya jumpa jawapannya.. dan saya nak share.. boleh ? nak share jugak !

cuba teliti dan perhalusi...setiap tamadun dan zaman WAJIB mempunyai alat untuk menulis dan setiap alat penulisan mereka mempunyai keunikan yang tersendiri dan direka bersesuaian dengan susunan huruf dan kesenian semasa.. korang perasan tak ?

kalau korang rajin tengok filem P.Ramlee, mereka menggunakan bulu burung untuk menulis.. Perubahan demi perubahan yang sangat ketara berlaku.. sampailah teknologi sekarang, gune pen tanpa dakwat..haa, pen jenis nie boleh digunakan hanya pada "touch screen".. alar, handphone korang lar.. pakai pen bagai.. canggih tak ?

Bagi anak-anak yang tak sempat hidup zaman dulu-dulu, saya akan senaraipendekkan jenis pen lama yang tidak lagi kita guna sekarang..


Pena Celup  :
mempunyai mata pena yang biasanya diperbuat dari logam.

Pena Dakwat  :
mempunyai mata pena yang diperbuat daripada bulu. penggunaan bulu ini daripada tahap biasa seperti bulu kambing sehinggalah tahap mahal seperti bulu harimau dan rusa.

Pena Bulu Burung :
sejenis pena yang menngunakan muncung pada bulu burung yang agak besar. digunakan sebelum terciptanya pen celup. bulu angsa kerap digunakan selain bulu burung helang dan bulu burung hantu.

Dan ciptaan Allah itu tidak sia-sia.. Ulama' menyatakan antara kehebatan pena ialah Allah bersumpah dengan pena bagi membuka lembaran ILMU kepada manusia terutama kepada orang yang beriman.

Saya bukanlah seperti Imam Syafie.. makanya saya memerlukan pena untuk melengkapkan pembelajaran saya. Seperti yang sudah kita maklum, pena menggambarkan ilmu dan pengetahuan.. Dengan ilmu, pelbagai perkara mampu diterokai..

Faedah sumpah nie menunjukkan bahawa al-Quran ialah kitab saya, juga kamu yang merupakan orang islam. Yang akan ditulis dan dibaca. Sebab tue lar Rasulallah s.a.w mengarahkan sahabat untuk tulis setiap wahyu yang diturunkan..

Subhanallah ! Hidup ini penuh catatan dan pastikan setiap catatan itu yang terbaik !
Wallahualam.. maaf andai tersalah bicara.. mohon teguran..
kawan-kawan, doakan saya ye.. :)
                         

Jangan Benci Saya !


Bismillahirahmanirahim... ^^

"Dan janganlah engkau berjalan dibumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembus bumi dan tidak akan mampu menjulang setinggi gunung"

[ Al-Isra' : 37 ]


Assalamualaikum semua..

Cuti midsem sedang berlangsung.. so, saya sudah semestinya wajib balik ke rumah.. Semasa dirumah, 'tertengok' lar satu channel..oasis.. time tue ada satu cerita yang bertajuk "DILEMA WANITA"...

Macam biasa, korang pun pernah tengok cerita tue kan.. okey2.. bagi yang jarang tengok tv, saya akan ceritakan sikit..

"DILEMA WANITA" is satu cerita yang ade banyak-banyak cerita.. err, ape tue ? =='
maksudnya, ade banyak tajuk.. yes ! episod kali  nie cerita tentang seorang wanita yang kehilangan anak.. episod minggu depan tentang isteri kene cerai..then, begitu lar..dan semuanya mengenai wanita @ perempuan @ muslimat @ banat @ yang seangkatan dengannya..

ape yang saya tengok untuk episod kali nie ialah antara menantu dan ibu mertua.. mak mertua nie sangat tidak suka akan menantunya.. tiba-tiba my sister cakap "tak nak kawin lar macam nie".. =_='

tapi, saya memang tertanya-tanya.. kenapa major ibu yang ada anak lelaki tak berapa suke dengan isteri anaknya ?? sape boleh tulung jawab ?

okey.. apa yang yang saya perhatikan selama hidup nie.. kebanyakan attitude dipengaruhi oleh persekitaran. dan kalau lar persekitaran mereka hanyalah menghadap televisyen ? hmmm..

cerita yang sama...menantu dibenci.. mak mertua dikutuk.. naik bosan dah tengok..

kenapa perlu bermusuh ? tak bawak ke mana pun.. cuba buktikan kat saya, selama dia membenci, mengutuk saudaranya, dia dapat banyak sangat untung ? siapa ? ada ? hmm..

time sembang-sembang, tiba-tiba ada orang cakap "nie bukan nak mengumpat"..tup-tup mengumpat jugak.. saya memang sangat tidak suke dengan statement tue.. dah mengumpat lar tu sayang oi..
ustaz saya dulu cakap, bercakap perkara yang benar adalah mengumpat dan bercakap perkara yang salah adalah fitnah..

Nabi kita cakap :

"sesungguhnya bersikap benar itu akan membawa kepada kebajikan, kebajikan membawa kepada keredaan Allah. sesungguhnya dusta itu membawa kepada kekejian, kekejian membawa kepada kemurkaan Allah"

ha..apa lagi yang kita nak kat dunia nie selain redha Dia ? sambunglah silaturahim kerana ia akan memanjangkan umur..

panjang umur kat sini bukan bermaksud ajal kita dilambatkan tapi ada keberkatan pada umur kita. Formulanya macam malam al Qadr.. semua faham kan ? nak lebih faham, sila tanya saya.. :P

okey semua.. saya hilang point dah.. (:
kamu-kamu semua doakan saya dipermudahkan urusan dan dapat mengamalkan Al-Quran sebelum ajal saya.. :) syukran ya !



Tuesday, 25 December 2012

saya datang !



Bismillahirrahmanirahim... ^^


"tidak ada satu umat pun yang dapat menyegerakan ajalnya dan tidak pula menangguhkannya"

[ al-Mu'minun : 43 ]


Assalamualaikum semua..

Dah lama saya tak update blog saya kan ?  Ni semua gara-gara polka dot.. sape perasan blog saya sebelum nie ade basikal ? tak perlu angkat tangan yea.. saya tak nampak kalian.. :P

Saya nak cerita sikit lar..sikit jea.. kalau nak nak baca pun tape.. hmm, tangan nie gatal-gatal jea nak design blog bagi cun lar konon..tapi tak reti pun.. edit punyer edit.. sekali tak jadi.. bukan makin cun tapi makin hape ntah.. so, lepas dari tue, saya 'merajuk' dgn blog.. dan tak post ape-ape..

Hee, teruk kan ? Perempuan.. biasa lar.. tapi blog nie tak pujuk pun..

moral from this story is : ILMU sangat sangat sangat sangat lar penting.. korang sedar tak ? even nak buat blog pun.. makin saya belajar, makin saya tak tahu.. so, kepada korang2 yang expert mepert dgn blog nie, sila sila lar ajar saya nie yea..


Saturday, 18 August 2012

Tribulation Penghujung Ramadhan



Hari-hari yang berlalu tak terasa pun.. tup, tup dah hari terakhir Ramadhan.. harap2 ramadhan kali nie lebih baik dari tahun-tahun yang lepas.. semua orang pun harap benda yang sama kan ?

so, post kali nie saya nak mengarut jea.. em, sebelum nie pun mengarut jugak.. tak kesah lar apa orang nak kata.. bukan nak bernafas gune oksigen dia bagi pun.. blog saya..suka saya..hee :)

saya start cuti 17hb 8 2012 bersamaan hari jumaat..so, hari khamis saya dah balik.. tapi, tiket menghala ke timur amnya dan menghala ke kota bharu khususnya SUDAH HABIS.. pening jugak.. nak balik ngan apa nie..

mula-mula tak nak naik bus catar DQ (Darul Quran) yang hantar student DQ balik ke kelantan.. tapi sebab terpaksa saya naik jugak..



kemudian, bas tu tak dek aircond.. dah lar tengahari.. mmg menguji kesabaran sungguh..
pakcik tu kate, sampai gombak baru nak baiki bas nie.. mak ai.. DQ ke gombak "sangat dekat".. tak pe lagi.. sabar.. asal dapat balik jea..

disebabkan bas tak de air-cond, banin (pelajar lelaki @ mahasiswa) bukak pintu bas tue bagi masuk angin..(mungkin)
tengah2 highway DUKE, roadtax bas tue jatuh.. cuba bayangkan..hahaha..
gelak2 jugak tapi kitaorang punye seksa dalam bas yang panas tengah2 hari..

sampai saja kat gombak, bas tue dibaiki..alhamdulillah..

ingatkan ujian dah habis..
disangka mendung sampai ke petang, rupanya salji di pagi hari..hee
bas tue skali lagi buat hal..
dan kami berbuka di Kechau yang dekat2 dengan Padang Tengku..

semua orang masih mampu bersabar lagi..okey..

selepas berbuka, kami pun meneruskan perjalanan untuk pulang ke kampung untuk berhari raya..

tiba-tiba, bas tu skali lagi rosak di kawasan bukit tujuh..
fuh..gelap gulita..
Nasib baik banin-banin DQ bertanggaungjawab.. em.. boleh lar..
diorang berusaha untuk menahan mana-mana kereta untuk mintak bantuan..
macam drama melayu kan ?haha

then, saya pun call abah saya..
waaa.. rasa nak jerit..!!. abah wa umi wa adik2 tak balik kampung lagi..
bermakna mereka masih dirumah.. means, abah boleh datang ambik saya kat tengah2
hutan belantara nie..huhu

so, saya pun mengalah untuk terus tunggu bas tu dibaiki..
huhu
teruk kan ?
kata nak berjuang bagai..tapi bile kene macam tue sikit, dah rasa nak nangis...hee
perempuan..

4P = Pengalaman Pahit Perjalanan Pulang
hahaha..

memang akan menjadi kenangan lar..
bersama pelajar2 Darul Quran atau Kolej Universiti Al-Quran Malaysia..

pape pun pengalaman..sekarang nie saya dah tercongok kat rumah nenek dan atuk tersayang wif family terchenta... bising je rumah...

ujian Allah sebenarnya mematangkan kita untuk kita tempuh hidup yang masih panjang..
inshaallah kalau tak mati..
saudara kita di mynmar, palestin, patani, dan sebagainya jangan dilupakan..

esok raya..inshaallah..
"ya Allah, berilah kami peluang untuk menyambut Ramadhan untuk kesekian kalinya"
amenn~
rindu Ramadhan

maaf kalau ada salah silap~

Monday, 30 July 2012

MY BF :)



alahai atiqah syuhada...


hmmm....tak tahu nak tulis pasal awak yang mana satu..
kalau saya tulis..
tak muat lar blog saya...hee ~

waktu form 5, awak pernah ajar saya satu lagu...
saya still ingat lagi dan kalau saya dengar je lagu tue rasa nak menangis..
memang nangis pun..huhu


ku layarkan kerinduan, 
dilautan memori,
Mengimbau kenangan indah yang menyentuh emosi,
masih segar diingatan saat mesra berputik, 
hadirmu bawa sinaran cahaya inspirasi,

sahabat...
kau sesungguhnya,
temanku..
dikala suka dan lara,
tika ku buntu, diselubungi sendu,
kau tiupkan ketabahan untuk ku ukir senyuman,
bagaikan embun dilangit terbit fajar,
kau pergi jauh mengejar cita,
menggapai reda yang Esa,

Duhai sahabat dengarkanlah,
bicara hatiku ini,
meskipun jarak memisahkan,]
namun tiada nokhtah kasih,
biarlah waktu menentukan nilai ukhwah yang terjalin,
teruskanlah perjuangan hingga ke titisan darah...terakhir..

dan aku masih disini,
terus mendaki puncak tertinggi hidupku,
dan aku terus menanti saat yang manis akan berulang kembali..
sahabat...

(sahabat-devotees)

kalau awak baca post nie jangan nangis ea.. saya tak mati lagi..huhu
banyak nak cakap tapi tak tertulis...
biar disimpan menjadi kenangan yang terindah...

seandainya jika saya terpesong dari jalanNya, tariklah saya kembali..
ingatkan saya dengan janji Dia,
ingatkan saya dengan azabNya,
kerana penghujung hidup saya tiada siapa yang tahu...



sayang awak kerana Allah..^^
ukhwah sampai syurga...insyaAllah...
sekian..




FAMILY & RAMADHAN



Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan lagi untuk berada di bulan yang penuh dengan kemulian. Ramadhan... Dan lagi bersyukur apabila puasa pertama pada kali ke -19 disambut dirumah bersama umi + abah + angah + kak chik + abang + adik terchenta...huhu.. ^^

suka tak terkira...
hope kita satu keluarga akan terus bahagia dan kekal berfamily sampai syurga..
tetiba teringat kat arwah abang asyraf..
abang, nanti tunggu adik2 abang yang nakal-nakal nie kat sane yea..
umi dengan abah selalu sebut pasal abang kalau kami nakal sikit..
abah kate kalau abang ade, abang boleh ganti dia jadi imam..
tapi sebenarnya kakak pun boleh... cuma sebab kakak nie perempuan je..huhu
tabahnya umi dan abah..
tak pe umi, abah...kakak ada..
tunggu kakak balik...

kenapa sedih2 nie..
salah masuk mood plak..hehe

okey !

kalau masuk bulan Ramdan nie, juadah berbuka di Malaysia memang yang terbaik lar.. bersyukur lagi...





kenapa ada gambar mufti nie ?

okey...

mufti nie menangis apabila rakyat somalia mengajukan soalan
"adakah puasa saya diterima jika saya tidak bersahur dan berbuka (ifthor) ?"

apa perasaan korang kalau ade orang tnye soalan mcam nie ?
sedih ? kesian ?



of course kan.. Saudara kita di sana tak dapat apa yang kita dapat disini.. 
seorang sahabat saya cakap " ade tak pos laju hantar makanan ke sane sekarang ?"
huhu..


Pensyarah saya pernah bertanya...
Adakah kita berpuasa hanya menahan diri dari lapar dan dahaga ?
atau..
Adakah kita berpuasa hanya menahan diri dari lapar dan dahaga  serta menahan diri dari melakukan perkara2 yang membatalkan puasa ?
atau..
Adakah kita berpuasa hanya menahan diri dari lapar dan dahaga  serta menahan diri dari melakukan perkara2 yang membatalkan puasa dan menahan diri dari perkara yang makruh sepanjang berpuasa ?

fikir-fikirkan...^^

puasa adalah satu amanah !

 jom jadi hamba Allah bukan hamba Ramadhan...

selamat berpuasa..maaf sekiranya ada salah silap yang sengaja atau yang tidak disengajakan..:)
salam Ramadhan kareem dari mahasiswi Darul Quran Jakim...
hehe..




Thursday, 26 July 2012

Tazkirah Ringkas syuhada




Talkinkan jiwaku...
Yang sudah lama mati..
kering dari dari sinar tarbawi...
Jarang benar ia ingat pada Tuhan..
Pecah berderai  dirodok dugaan ujian...

Talkinkan hatiku..
Yang sudah lama beku..
Tak terkesan dengan pesan Rasul..
Lautan maksiat umpama lalat tumpang lalu...

Talkinkan jasadku...
Yang sudah kaku..
Payah benar berkhidmat untuk ISLAM..
Lebih enak bergomol dengan tilam dan bantal...

Talkinkan akalku...
Yang sudah lama lumpuh...
Jangan bebankan aku dengan masalah dunia akhirat..
Ah ! persetankan ,masalah umat..
Hal aku lebih berat !

Talkinkan aku..
Yang sudah lama tenat...
Tergadai ibadah kerana maksiat..
Ternoda akhlak kerana ikhtilat..
Tercalar maruah kerana tabarruj..
Aku tak mahu kalah !

siapalah aku untuk mencari cinta insan sedangkan cintaMu belumku dapat...Apa jawapanku andai aku bertemuMu nanti... Apa amalanku ? "ya Allah, Engkau campakkan rasa sayang dan cinta dalam hatiku hanya untukMu.. Jangan pernah menarik nikmat mencintaiMu"

~salam ramadhan kareem dan salam muhasabah untuk semua~ ^^




p/s : atiqah syuhada, saya tak sempat nak post apa yg awk nak lagi.. nanti yea.. sayang kamu lillah :)

Thursday, 14 June 2012

USRAH vs NAQIBAH



Subhanalllah...hebatnya tarbiyah Allah.. Hebatnya tarbiyah Darul Quran.. Dari sini aku pelajari bermacam-macam perkara dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara.. Perkara yang tidak akan pernah aku pelajari di luar sana.. syukur padaMu ya Allah kerana mentakdirkan aku disini.. disini membina benteng pertahanan diri sebelum melangkah keluar ke medan jihad agar aku tidak akan kecundang kesekian kalinya.. 


Usrah... Usrah banyak mengajarku erti kehidupan.. Alwani Jawahir  mengajarku erti persahabatan dan ukhuwah kerana Allah.. Alwani Jawahir menjadikan diriku yang 0 kepada 1 seterusnya 2.. disini aku belajar melengkapkan 10 muwasofat tarbiyah.. melazimi solat berjemaah dan amalan sunat yan lain.. disini juga aku belajar apa itu ikhtilat..ape itu biah solehah..



sangat beruntung kerana aku mempunyai seorang Naqibah yang sentiasa menarikku andai kealpaan menghampiri.. Tanpa jemu memberi semangat disaat aku jatuh.. Adik beradikku yang lain saling melengkapi antara satu sama lain.. Indahnya Ukhuwah andai berlandaskan ketaqwaan hanya kepada Allah dan bermatlamatkan keredhaanNya...



Masa silih berganti.. Selama hampir setahun aku ditarbiyah melalui usrah Alwani Jawahir, akhirnya aku diberi taklifat untuk memegang usrah pelajar baru Diploma.. Perasaannya hanya Allah yang tahu.. Aku tak mampu ya Allah... Tapi, aku positivekan diri.. mesti ada hikmah disebalik semuanya.. 

Mungkin ini sahaja jalan untuk aku berdakwah..mungkin.. tanggungjawab untuk melengkapkan fardhu muslim ahli2 usrahku.. ini buka bermaksud fardhu muslim ku sudah sempurna... aku dulu pernah ditarbiyah kerana aku akan mentarbiyah... Ditarbiyah untuk mentarbiyah...




Usrah yang disusun oleh Hasan Al-Banna sebenarnya untuk mencapai maratibul amal yang paling tinggi iaitu astaziyatul alam.. Islam secara syumul diseluruh dunia.. TAKBIR !

sekarang aku memegang 6 orang ahli usrah atau lebih dikenali anak usrah.. rasa dah jadi mak..huhu...
pengalaman mematangkan diri..


oleh itu, mari sama-sama kita islah diri kearah kebaikan kerana menjadi baik adalah fitrah semulajadi..




"ya Allah, Kau pinjamkan sedikit kekuatanMu kepadaku agar aku akan terus kuat dan thabat dalam perjuangan menuju kepadaMu"

jom bergandingan ke syurga ! 




>>mohon doa dari kalian...^_^
(Alwani Jawahir a.k.a AJ nama usrah saya) 





Wednesday, 13 June 2012

Muslimah Hari Esok




Alangkah indahnya,
Jika kita sebaik Siti Khadijah,
Dapat menguatkan hati suami,
Dengan harta dan cinta,
Untuk meneruskan perjuangan,
Menegakkan agama Allah..




Alangkah indahnya,
JIka kita sepemurah Siti Aisyah,
Mencari harta walaupun sebiji kurma,
Untuk disedekahkan di jalan Allah..




Alangkah indahnya,
Jika kita seperti Rabiatul Adawiyah,
Mengintai cinta suci sepi dinihari,
Aku bukan mengharapkan syurgaMu,
Bukan jua takut siksa nerakaMu,
Tetapi kerana rinduku kepadaMu,
Juga kerana cintaku padaMu....


Dr. Yusuf Al Qardawi menulis didalam bukunya yang bertajuk muslimah hari esok, bahawa manusia kini terbahagi kepada dua golongan yang berpegang kepada prinsip yang berlainan...

Pertama : Golongan yang terlalu ketat dalam semua urusan  dan peraturan yakni "syadid" contohnya dia tidak   pernah melihat bakal suami atau isterinya semasa dalam proses pertunangan sehingga membawa kepada penyesalan apabila melihat kekurangan pada si suami atau si isteri yang boleh membawa kepada penceraian.. Melihat disini bukan lar melihat pada tempat yang tidak sepatutnya tetapi melihat sekadar muka dan tapak tangan bagi wanita..

Kedua :  Golongan yang terlalu terbuka sehingga mempermudahkan Islam denagn semudah-mudahnya.. contoh yang simple ialah keluar berdua-duaan atau lebih dikenali dating tanpa ditemani.. Alasan yang sering didengari ialah keluar ditempat umum dan tidak buat apa-apa...


Jelaslah disini bahawa kedua2 golongan tersebut selalu dijumpai dalam proses pembelajaran kita.. Dr. Al -Qardawi menyimpulkan bahawa janganlah kita menjadi seperti  kedua-dua golongan tersebut... Wallahualam.. sekadar perkongsian..

>> jika salah mohon betulkan...


Thursday, 7 June 2012

Always Positive


sekadar perkongsian ringkas..:)



Skrip kegagalan…

Usah dambakan isteri  sehebat Khadijah,
Jika diri tidak semulia Rasulallah..

Tidak perlu isteri secantik Balqis,
Andai diri tidak sehebat Sulaiman..

Usah mengharapkan suami setampan Yusuf,
Jika kasih  tidak setulus Zulaikha..

Usah bermimpi mendapat lelaki seperti Ali,
Jika tidak sehebat Fatimah.



M.A.D.U. di Rawang




Skrip kejayaan..

Aku dambaka isteri sehebat Khadijah,
Aku cuba mengikut akhlak semulia Rasulallah…

Jika aku ingin isteri secantik Balqis,
Aku pelajari dan hayati kehebatan Sulaiman…


JIka aku mengharapkan suami setampan Yusuf,
Kasih setulus Zulaikha aku hulurkan..

Aku mencari suami seteguh Ibrahim,
Lalu aku harus sekuat Hajar dan Sarah…

Aku bermimpi mendapat lelaki seperti Ali,
Maka aku mengikuti hebatnya Fatimah..




Dipetik dari buku nie...




Kadang2 ayat sedemikian mampu membuatkan kita lemah…mampu membuatkan kita terus bangkit.. jadi, ayat2 positive yang kite perlukan untuk membentuk pemikiran yang positive seterusnya melahirkan perbuatan yang positive.. renungkan2 dan selamat mencuba…J




Monday, 4 June 2012

Musafir Rawan



Mengalir cecair jernih tatkala melihat kemesraan sahabat-sahabat semasa reunion pertama batch 1993.. Rindu.. hanya itu yang mampu diungkap.. Terimbau kengan lalu.. Hati berbelah bhagi.. Tapi aku masih percaya pada kuasa istikharah yang ku lakukan.. Tiada yang dapat mengubah.. Namun, terdetik juga rasa penyesalan yang teramat sangat.. "wamakaru wamakara allah, wallahu khoirul makirin"... Suhada, fasobrun jamil.. 


Lain kali yea Suhada andai nyawamu masih dikandung badan... Walaupun terlepas detik waktu di Kuala Lipis, tapi aku tetap ade pengalaman lain di utara.. Pengalaman manis dan pahit bercampur baur.. Bila difikirkan kembali, pahit dan manis perlu berjalan seiring.. Takut apabila manis sahaja bakal mengundang penyakit Diabetes..huhu.. yang paling best dan lucu di "Shahab", Alor Star. macam mimpi tapi realiti..ngee~


Sebelum sampai ke destinasi, pelbagai mehnah dan tribulasi yang dihadapi.. Tetapi semuanya diambil dari sudut yang positif.. Perjuangan tak pernah dihampar dengan 'red carpet'.. Kata-kata sahabat masih terngiang2.. "kita berehat kat syurga'..huhu.. Rasa macam mustahil pun ade.. aku bukan lah sealim mane..But i'm try.. Rasulallah dulu lagi hebat diuji.. Berhijrah bukan naik flight atau bas.. Bersyukur.. Rasulallah tak pernah merungut. So, apa sangat ujian yang aku dapat.. Naqibah kesayanganku menyebut "kite kene risau andai hidup kita penuh dengan kesenangan kerana bimbang Allah tak tengok kita..Bila diuji maknanya Dia masih syg kat kita"    



"Carilah HIKMAH dalam setiap ketentuan Tuhan supaya timbul rasa kesenangan. Setiap kesabaran itu pasti ade ganjaran. Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang mampu menghalang. Namun, jika sesuatu itu bukan ditakdirkan untuk kita, pasti kita tak kan dapat walaupun ia sudah berada dalam Genggaman. Mulakan hari dengan senyuman manis yang tersirat rasa ketabahan dan kesyukuran kepadaNya. Yakinlah setiap sesuatu yang datang dariNya dan atucara Nya adalah yang terbaik untuk hambaNya"


"Aku mencintaimu kerana agamamu. JIka hilang agama dalam dirimu, maka hilanglah cintaku padamu"
"Ya Allah, Aku memohon cintaMu dan cinta orang yang mencintaiMu serta amalan yang mendekatkan aku kepada cintaMu"..
Sayang kamu semua kerana Allah...^_^



Thursday, 24 May 2012

kasih sayang Allah pada seorang wanita



siapa kata jadi perempuan tu senang ??

nak kena tutup sana, tutup sini

tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang tak  bising
perempuan, stoking pon kena pakai
cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
komfem tak tahan bertutup semua
tapi, perempuan cool jer..
tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?





siapa kata jadi perempuan tu senang ??
tiap2 bulan, mesti ada penyakit
nak pergi kelas pon susah
kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jer meraung sbb sakit
cuba tengok budak lelaki , selamber jer..
kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit
tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jer..
tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon tak perasan yg dia sakit
hebat kan perempuan ??



siapa kata jadi perempuan tu senang ??
hati ni Allah jadikan lembut betul
cepat jer sensitif
cuba tengok orang putus cinta
selalu perempuan yg paling susah nak lupa
lelaki lepas putus cinta cepat jer pasang baru
cuba pergi wayang tengok cerita hindustan
siapa yg paling teruk menangis ??
perempuan kan ??l elaki boleh gelak2 lagi
lembut tak lembut hati perempuan
tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki
hebat tak perempuan ??




disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk dengan Allah
diorang cakap, Allah tak adil
kenapa Allah lebihkan lelaki ?

kenapa perempuan kena dengar cakap suami?
kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami ?
padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, tak susah macam nak jaga sorang anak perempuan



dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg rebel
diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki tak payah tutup pon'
diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki
diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati



kesian kan kat diorang ??
disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang
diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah tak adil



persoalannya sekarang
betul ke Allah tak adil dengan perempuan?






betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?
betul, isteri kena ikut cakap suami
tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya
tak adil lagikah Allah pada perempuan?



Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan
untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu
mashaAllah, hebatnya perempuan kan?
kenapa perempuan hebat ? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat



cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio
banyak lagu pasal perempuan kan ? 
contohnya macam lagu SUMAIYYAH,
jarang kita dengar lagu pasal lelaki
sayang tak sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia



tengok pula, bila seorang lelaki berjaya
orang akan cakap
'disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'
kita tak pernah dengar orang cakap
'disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'
kan? 
hebat tak Allah jadikan perempuan tu ?
masih tak adil lagikah Allah dekat perempuan?



Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan
sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
perempuan senang nak masuk syurga
tengok hadis ni



"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)



tak adil lagikah Allah dekat perempuan?



oh perempuan, sedarlah
betapa sayangnya Allah dekat kita
betapa cintanya Allah dekat kita
tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg tak berasas dekat Allah?




Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia..
dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan
dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah
kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan..


so, jom same2 kite men'solehah'kan diri kita kerana kita sayang ALLAH..^_^

Wednesday, 23 May 2012

Dakwah Tugasku



Pejam celik, pejam celik... aku sudah memasuki tahun kedua dan secara tidak langsung, rupanya sudah banyak perkara yang telah aku lalui. banyak yang telahku pelajari disini..

Dakwah. Bertepatan denganku yang mengambil syukbah (course) Dakwah. terlalu melampau jika aku katakan aku sebenarnya tidak dapat menjiwai watakku sebagai pelajar yang mengambil course ini. Masih ingat lagi suatu ketika dahulu, pada zaman kejahilanku yang telah ditinggalkan beribu kilometer di belakang..aku sering mempertikaikan "kenapa aku perlu berdakwah ?" sedangkan pada hematku, terlalu ramai lagi ustaz dan ustazah yang akan menlangsaikan tanggungjawab berdakwah kepada masyarakat..bukan diriku lantaran 'dakwah' bukan minatku..




Bagiku, pendakwah mestilah seorang ustaz dan ustazah yang alim serta bertudung labuh manakala si ustaz tidak lekang dengan kopiah dikepalanya.. Sesorang yang apabila bercakap akan mengeluarkan ayat al Quran mahupun hadis..haha itulah pendakwah yang akan memberi ceramah dan tazkirah kepada mereka-mereka yang kehausan sepertiku.


 Namun, siapa yang menyangka...akhirnya aku terjerumus ke dalam bidang ini.. Mungkin pelik barangkali.. Segala persoalanku akhirnya terjawab.. Perlu difahami bahawa tugas berdakwah atau menyeru dan menyuruh manusia melakukan kebaikan bukan tergalas di atas bahu dan kepala para asatizah.. Itu adalah tanggungjawab aku dan kamu serta semua orang.. sabda Rasulallah " sampaikanlah kamu walaupun satu ayat "...

Bnyak lagi dalil yang ku kutip semasa menghadiri kuliah dan ku cernakan serta ku kaji.. Dan bermula dari titik itu, dakwah menjadi tanggungjawabku.. Aku tidak perlu menjadi seorang 'ustazah' untuk memulakan gerak kerja ini.. Aku juga tidak perlu menjadi orang lain.. Cukup lah menjadi diriku.. seorang Suhada Zainun yang "baru"...^_^

Doakan kejayaanku...

Thursday, 10 May 2012

NIKAH MISYAR ??

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha  Penyayang…

Assalamualaikum…J
Waahh…dapat jugak saya menaip.. dah lame tak post ape2 kat sini.. Sibuk..huhu.. Sibuk lar sgt..

>>>          Suara  Dj berceloteh dihujung corong radio menarik minatku.. Tajuk yang menarik untuk diperbahaskan..”2.5 juta rakyat Malaysia yang berusia 25 tahun keatas belum berkahwin”.. majoriti daripadanya ialah lelaki.. Kemudian, ramai yang memberi respon berkenaan dengannya..
                Terdetik dalam hatiku, apa yang membuatkan berlakunya keadaan sedemikian walhal bagiku yang masih mentah ini, kebanyakkan yang masih belum berkahwin adalah  dikalangan wanita.. Namun, mungkin itu statement yang terbaru..  otakku ligat menyambungkan neuron-neuron..apakah punca ini semua??  Hmm, ini boleh menjadi tajuk untuk kajianku.. 
                                Pada era globalisasi maklumat dihujung jari ini, mejadi satu kebiasaan jikalau wanita tidak berkahwin.. Ini kerana, populasi wanita yang semakin meningkat dan kurangnya lelaki yang berwibawa. Wanita juga sering kali dimomokkan dengan suka memilih dan lebih mementingkan kerjaya. Apabila wanita asyik dengan pelajaran dan kerjaya, sedar atau tidak, usia mereka semakin meningkat. Oleh sebab itu, ramai dikalangan mereka yang terlepas zaman ‘bercinta’ seterusnya tidak merasai nikmat ‘raja sehari’.. Kemudian gelaran ’andalusia’ atau ‘andartu’ pula yang dilemparkan kepada mereka..
                Tiba-tiba teringat satu tajuk kuliah Fiqh Mar’ah yang dihadiri semasa dikampus. NIKAH MISYAR.. Ya..masih segar lagi tentang isi kuliah yang disampaikan oleh seorang ustaz yang tak asing lagi di DQ. Us. Wan Mohd Nor. 

                Asas kepada Nikah Misyar  terbahagi kepada dua :
1)      Wanita dikahwini tanpa diberikan nafkah,
2)      Malam pembahagian lebih utamakan isteri pertama..


Contohnya :
Aminah seorang yang berkerjaya tetapi masih belum berkahwin.. Manakala Ali sudah berkahwin dengan Zainab. Aminah mahu menikahi Ali tapi Ali tidak mampu untuk  memberi nafkah dan berlaku adil kepada Aminah. Tetapi Aminah sanggup. Aminah juga memberikan kebenaran kepada Ali untuk berada dirumah Zainab lebih lama berbanding dirumahnya. Aminah melepaskan dua hak keatasnya iaitu nafkah dan malam giliran. Inilah yang dinamakan nikah misyar..

               
               
Terdapat 3 pandangan ulama’ :
1)      Harus tapi tak digalakkan
2)      Haram
3)      Senyap

>> Yang pertama iaitu harus tapi tak digalakkan. Dr. Yusuf Al-Qardawi  dan  Dr. Wahbah Zuhairy..seseorang datang bertemu Syeikh Qardawi lalu bertanya :
 apakah hukum nikah misyar ?
jawab Syeikh Qardawi : aku bukanlah orang yang menyukai jenis perkahwinan ini. Aku juga tidak berkhutbah dihadapan orang ramai tentang ini dan tidak pula menulis secara khusus tentang ini. Aku hanya sekadar menjawab pertanyaan. Sesetengah ulama’ mengatakan makruh dan aku bersetuju dengannya.
Dr. Wahbah Zuhairy – perkahwinan ini tidak digalakkan kerana tak boleh menjana maqasyid syariah. Apabila darurat sahaja boleh seperti di Palestin.

>>  Yang kedua iaitu haram dan tak sah dari sudut syara’.  Syeikh  Nasiruddin al-Bani mengatakanya haram. Manakala Syeikh Muhammad Zuhaili mengatakan nikah misyar ini menolak dan menafikan tujuan perkahwinan. Kemudaratan lebih banyak dari kebaikan dan akan menjadikan lelaki yang akan mengambil kesempatan ke atas wanita..

>> Yang ketiga iaitu senyap.. Syeikh Muhammad Soleh..

Sebenarya, nikah misyar ini sudah lama ditanah arab tapi di Malaysia, ia adalah suatu yang baru. Ini kerana, di Palestin misalnya, ramai wanita yang menjadi janda lantaran suami mereka bergelar syuhada’ pada usia anak mereka masih kecil.. wanita disana juga mendapat gelaran janda dalam usia yang muda. Untuk memastikan zuriat mereka berterusan, mereka terpaksa melakukan nikah misyar ini..
Masih banyak yang perlu dikaji dan diteliti.. Mungkin ini adalah sedikit perkongsian dari saya yang masih banyak kekurangan dan kekhilafan.. Semoga article ini sedikit sebanyak mencetuskan sifat berfikir dikalangan mahasiswa khususnya dalam menegakkan syiar Allah. Wallahualam~

[jikalau terdapat salah atau kekeliruan, mohon jasa baik kalian untuk memperbetulkan saya]
peace no war… J