Thursday, 24 January 2013

boleh mengungkit ?


Bismillah..

"dan apa saja yang diberikan kepadamu (pangkat, kekayaan, jabatan, keturunan), maka itu adalah kesenangan hidup duniawi dan perhiasannya.sedang apa yang ada disisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Tidakkah kamu mengerti ?"
 
[al-Qashash : 60]


post kali nie, saya nak story pasal kelas tasmi' saya di Darul Quran.. kelas tasmi' nie kelas tetap dari kami sem1 sampai sem6..  emm, tak semua yang tahu pasal Darul Quran kan.. tak pe.. nanti cari yea..
 
kelas tasmi' saya ade 13 orang kesemuanya dan terdiri dari pelbagai peringkat usia dan pelbagai syukbah (course) even satu batch.. dan yang pasti saya adalah orang termuda dalam kelas tue.. boleh panggil adik..huhu.. kami dihandle oleh seorang pensyarah tasmi' yang sangat sporting.. Ustazah Jamilatun.. cantik secantik nama.. ^^ 

kelas kami bermula jam 8.00 pagi dan tamat tepat jam 10.00 pagi.. kemudian kami akan mengikut jadual kuliah syukbah (course) masing-masing..
 
 
kalau nak cerita satu-satu pasal kelas tasmi' dan penghuninya, memang tak kan habis.. disini saya belajar banyak perkara..terlalu banyak.. belajar tentang erti kehidupan disini (Darul Quran).. kerana Ustazah saya pun belajar disini suatu ketika dulu..
 
 
 
masa pantas berlalu, kini hanya tinggal dua sem lagi untuk kami tamatkan pembelajaran di sini.. semakin meningkat sem dan umur, semakin banyak taklifat (tanggungjawab) yang diamanahkan Allah..
kami pun tidak ketinggalan untuk menunaikan pelbagai taklifat (tanggungjawab) yang ada.. dalam kelas tasmi' saya, macam-macam jawatan yang dipegang.. Perkemat DQ, Majlis Nuqaba DQ, Perwakilan Sem, Kelab Fasilitator dan ape lagi.. tak ingat..hee..

Belum tambah lagi dengan assingnment dan program fakulti.. Bila malamnya sibuk dok meeting sampai pagi dan buat benda lain, kadang-kadang tak sempat menghafal untuk tasmi' keesokkannya..
 
masuk kelas tasmi', semua pakat dok pulun menghafaz..kalau yang dah pernah menghafal sebelum ni, tadek hal..yang tak pernah macam saya nie memang azab lar nak menghabiskan 2,3,4 muka sekaligus..huhu.. pukul 8.30pagi make sure kene tasmi' even semuka.. kalau tak, ustazah dok seru-seru nama.. :D
 
bilamana ustazah tengok anak-anaknya semakin hari semakin tak semangat dan layu jea.. tasmi' pun kejap lancar, kejap sangkut.. denda tak usah cakap lar.. ustazah pun cakap..

ustazah :  siapa orang yang boleh mengungkit ?

kami     :    ibubapa.......guru.....

ustazah :  dengan siapa kita boleh mengungkit ?

kami     : *#$% ???  Allah...(lambat sikit)

ustazah : yea.. kita boleh mengungkit dengan Allah... bila kamu semua tak sempat menghafaz kerana tolong agama Dia.. kerana kamu buat kebaikan..kamu boleh mengungkit denganNya kerana Dia sangat memahami kamu lebih dari diri kamu sendiri.. "ya Allah, semalam aku tolong orang nie........, Kau tolong permudahkan aku untuk menghafaz kalamMu....." (lebih kurang macam ni lar ayat ustazah) Insyaallah dipermudahkan.. al-Quran bukan kita punya, tapi milik Allah.. minta lah kepadaNya..

********************************************
 
mengungkit tue bahasa bandar Darul Quran..
kalau bahasa bukunya ialah Tawassul..
 

Dari sudut bahasa, kalimah at-Tawassul bermaksud mengambil satu jalan untuk sampai kepada sesuatu.
 
Dari segi Syara’pula, ia bermaksud mendekatkan diri kepada Allah melalui jalan mentaatiNya, beribadah kepadaNya, mengikuti para Nabi dan RasulNya dan dengan apa sahaja amalan atau cara yang disukai Allah dan diredhaiNya.
 
 
Firman Allah :

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan”.

[Al-Maidah : 35]
 
Saya dan anda semua perlu tahu bahawa tawassul terbahagi kepada dua iaitu tawassul syar’i dan tawasul bid’i..
Tawassul syar’i ialah tawasul yang ditetapkan oleh syariat, yakni yang memiliki dalil dari Al Qur’an dan Hadits Nabawi. Maksudnya mengambil wasilah (perantara) untuk terkabulnya doa. Maksudnya seseorang yang berdoa  mengambil sebab-sebab yang dapat menjadikan terkabulnya doa. Sedangkan tawasul bid’i adalah tawasul yang tidak terdapat dalil yang membolehkannya, bahkan di antaranya merupakan perbuatan kesyirikan.  Jenis tawasul syar’i  ialah :
 
1)       Bertawasul dengan zat Allah yang Maha Suci, dengan nama-nama-Nya yang baik, dengan sifat-sifat-Nya, atau dengan perbuatan-Nya. Dalilnya ialah
 
“Hanya milik Allah asmaa-ul husna , maka memohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaa-ul husna itu…”
 
[ Al- A’raf : 180].
 
2)      Bertawasul dengan amalan soleh atau kebaikan. (Yang ni yang saya maksudkan)
 Bertawassul dengan amalan soleh atau kebaikan juga diperbolehkan. Dalilnya ialah :
 
 “Dan (ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar Baitullah bersama Ismail (seraya berdoa): “Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui“.
 
[ Al Baqarah : 127].
 
Dalil dari hadith pun ada.. Nie yang biasa kita dengar kan..
 
Kisah tiga orang yang terperangkap dalam gua. Mereka bertawassul dengan amal kebaikan yang mereka lakukan yakni  berbuat baik kepada kedua ibubapa, meninggalkan perbuatan zina, dan menunaikan hak orang lain, maka Allah mengabulkan doa mereka sehingga mereka dapat keluar dari gua kerana tawasul dalam doa yang mereka lakukan. Ini menunjukkan bahawa tawassul ini boleh dilakukan kerana amalan kebaikan yang mereka lakukan dahulu..
 
3)   Bertawassul dengan doa orang lain. Dalilnya dalam firman Allah yang  mengisahkan tentang anak-anak Nabi Ya’qub...
 
 “Mereka berkata : “Wahai ayah kami, mohonkanlah ampun bagi kami terhadap dosa-dosa kami, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah (berdosa)".
 
[ Yusuf : 97].
 
 
Tawassul bid'i tue nanti saya cerikan lain masa yea..hehe.. lebih kurang macam orang musyrik yang jadikan patung-patung berhala tu sebagai perantaraan doanya kepada tuhan.. kalau tak salah saya lar.. dan semua benda kat atas tue berdasarkan pemahaman saya terhadap apa yang disampaikan oleh orang-orang hebat.. dan macam biasa.. sila beri tunjuk ajar..
~saya budak baru belajar~
 
 
 










Sunday, 20 January 2013

Dataran Merdeka Jadi Saksi

Bismillahirrahmanirahim....

"maka perhatikanlah bagaimana akibat daripada tipu daya mereka, bahawa Kami membinasakan mereka kaum mereka semuanya"

[ An-Naml : 51 ]

Assalamualaikum...
ini post aku yang pertama untuk tahun nie.. 2013..
untuk yang pertamanya, tahun ini merupakan tahun baru untuk aku..
sebenarnya untuk korang semua jugak..kan..
so, salam 2013..
act, aku sangat takut untuk menghadapi hormon-hormon pada usia 20 nie..

sebenarnya ini bukan tajuk utama yea..
apa yang ingin aku kongsikan ialah pengalaman pertama aku menyambut tahun baru di Dataran Merdeka.

selepas cutu midsem tamat, aku bersama-sama sahabat yang lain menjadi sukarelawan dakwah untuk turun ke lapangan.
aktiviti kami bermula pada petang 31/12/2012 di Masjid As-Syakirin KLCC.

tapi, disebabkan aku datang lambat (sebab susah nak tinggalkan rumah),
aku tak dapat nak join group selepas zohor tue..
selepas asar, kami dilepaskan untuk mendekati orang ramai yang berada di taman KLCC.

aku dibekalkan oleh seorang senior dengan beberapa helai risalah untuk diagihkan.
senang tak ?
allahuma...sangat SUSAH ! serius ! tak tipu !

mula-mula, aku hanya mampu berjalan dan tersengih-sengih jea..
kemudian, selepas dipaksa oleh sahabat, baru berani sikit..sikit jea..

macam tak pernah jea belajar teori komunikasi dakwah, psikologi dakwah, metodologi dakwah dalam kelas..
semasa perbentangan, semua orang mampu cakap.. paktikalnya ??
hmmm..

imagine, dalam keadaan mereka-mereka tengah syok "berukhuwah"..
aku datang nak borak-borak dengan diaorang.. boleh diibaratkan aku nie sebagai penyibuk lar kan..
dah lar pakai tudung besar macam alas meja.. baju labuh giler..haha.. (bukan aku cakap)

aku cuma dapat satu point kat sini..
aku dapat merasai kebenaran satu hadith iaitu...

sabda Nabi : "Islam itu bermula dalam keadaan dagang (asing) dan akan kembali menjadi dagang (asing). Maka beruntunglah orang-orang yang dagang yakni asing..

korang setuju tak ?
aku rasa hadith ni satu berita gembira untuk aku dan sahabat2 yang nampak pelik bila jalan tengah-tengah masyarakat..^^

selepas selesai tugas di KLCC, kami berangkat pula ke Dataran Merdeka untuk melakukan tugas yang sama..tapi masa yang berlainan..

selepas solat isyak berjemaah,
 kami diberi taklimat oleh pimpinan Gamis (Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia),
kami diagihkan kepada beberapa group kecil yang terdiri dari pelbagai universiti..
time ni macam tak percaya jea..
aku jumpa kawan-kawan mase sekolah dulu..
yea ! SMAPT punye kawan..


okey ! after bagikan  group, kami bergerak dalam group dari Masjid India ke Dataran Merdeka..
kami deberi beberapa helai risalah untuk diedarkan..
lagi sekali..

di Dataran Merdeka sangat ramai orang..macam biasa lar kan..
sampai je di satu kawasan, kami diberi arahan untuk mem"freeze"kan diri dalam 10-15minit..
memang jadi tumpuan lar..
tak pe..satu pengalaman baru..

kemudian, kami depecahkan pula kepada satu group kecil.. 3 orang je termasuk aku..
dan ketua group tue junior time sekolah SMAPT..
alahai, keciknye dunia.. baruku kenal..

kami bergerak untuk mengedarkan risalah..
ada yang menerima dan tak kurang juga yg menolak..
yang perli-perli kitaorang memang tak payah nak cakap lar kan..
perit..sakit hati..semua ada..hanya mampu tersenyum..

bila diingat kembali sirah Rasulallah berdakwah,
dikuatkan juga langkah..

lastly, sama-sama doakan yang terbaik untuk Islam.. :)
wallahualam..