Sunday, 7 April 2013

Pointer Adalah Segalanya Dalam Masyarakat Kampus ?



"Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi, maka dia benar-benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya sedang menghinamu" 

-Imam Syafie Rahimullah-


Assalamualaikum...








Alhamdulillah keputusan imtihan (Peperiksaan) telah pun dikeluarkan sejak Jumaat lalu. Dan alhamdulillah jugak dengan setiap keputusan yang dah tercatat dalam slip tersebut.. (baru belajar nak bersyukur)

saya rasa ramai dikalangan mahasiswa Darul Quran yang mendapat keputusan yang agak cemerlang. Dan ada juga yang tidak bernasib baik. Tapi itu bukan tujuan utama saya membuka blog saya hari ini...fuhh.. ayat agak skema kan ? :)


saya cuma terfikir, kenapa semua pelajar tidak kira dimana mana sekalipun samada di sekolah rendah, sekolah menengah dan di universiti terlalu berhati-hati dengan markah peperiksaan atau pointer.. Dan saya pun salah seorang daripada golongan diatas. Ketika masih menuntut di sekolah menengah dulu, memang belajar semata-mata hendak mendapatkan result yang cemerlang..siap doa lagi nak straight A+...Bodohnye dulu..
itu zaman jahiliah lar kirenya..






apabila dah melangkah ke fasa seterusnnya, memang ilmu semasa di sekolah dulu seolah-olah tak pernah belajar pun..  ingat ingat lupe terutama isi kandungan yang ada dlm buku teks Pendidikan Quran Sunnah dan Syariah Islam.. baru lar tersedar.. Ilmu ni bukan sekadar untuk dicurahkan ke dalam kertas peperiksaan semata-mata..
tapi ia untuk dicurahkan ke atas setiap kehidupan sebagai manusia..
ILMU untuk DI APLIKASIKAN !!

itulah padahnya jika belajar bukan kerana ALLAH...
apabila semuanya bukan kerana  ALLAH, ia akan bermatlamatkan duniawi semata-mata..


ramai yang takut untuk bergantung sepenuhnya kepada ALLAH lantaran bagi mereka pointer adalah penentu masa hadapan.. penentu untuk menentukan kerjaya suatu hari nanti..
ya sahabati, bukankah rezeki itu memang telah Allah tulis sejak kita  diciptakan lagi.. 
tidak perlu berebut-rebut..






Dan andai kata saya, awak dan dia belajar kerana Allah, nescaya kita sama-sama akan belajar dan mendalaminya betul-betul..
andai kata dah mendalami sesuatu ilmu betul-betul....tak kan ada sebarang masalah untuk menjawab soalan.
ape sahaja soalan yang datang, memang dapat jawab...begitu juga dengan soalan exam..
betul tak ?
andai dah dapat jawab soalan exam, dah memang confirm dapat pointer tinggi..
haa !!  setiap apa yang kita buat kerana Allah tak kan sia-sia..
percaya tak cakap saya ??

kalau masih tak percaya, cuba lar buat...

hmm, ada sesetegah golongan, bila dapat result yang kurang cemerlang, 
terus berniat nak berhenti dari membuat kerja-kerja islam dan dakwah..
dan terus menyalahkan kerja tersebut..





dan ada yang mengatakan apabila join usrah, akan terkena 'badi' fail exam...
what ???
menngarut..
tak kesah lar ape sekalipun tanggapan korang terhadap usrah dan dakwah, 
cume yang penting jangan mempengaruhi orang lain..
jangan mempengaruhi orang lain !




tetapi saya nak tegaskan kat sini, tujuan kita menuntut ilmu dan target utk mendapatkan  pointer dan CGPA yang  cemerlang dan seterusnya mendapat pekerjaan yang bagus seiring dengan tuntutan Islam  sangat lar baik dan baik dan baik kerana ia boleh memberi manfaat kepada Islam.
kemudian, akan lahirlah golongan ilmuwan dan pemikir yang hebat di kalangan umat Islam serta dapat mengatasi non-muslim..
nak tak ??
jika mahu, belajarlah untuk menguasai apa jua yang sedang kita pelajari bukan  kerana exam atau kerjaya..
oleh yang demikian, pointer bukanlah pengukur kepada kecerdikan awak, enta, kamu dan saya... :)
belajarlah dan terus belajar....

tidak kira awak perempuan atau lelaki..
dan saya sangat pantang kalau perempuan perlu belajar lebih rendah dari lelaki..

kenapa saya berpendapat sedemikian ?
sebab, yang akan membesarkan, mengandungkan seorang bayi adalah seorang wanita...
dan, untuk membesarkan anak tidak cukup sekadar tahu solat dan puasa sahaja..
ibu, mama, umi merupakan madrasah pertama kepada anak-anak mereka..
apabila  menyentuh soal madrasah, ia mesti lah di lengkapi dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan..
samada agama, sains, matematik, pendidikan seni dan sebagainya...
tak perlu dilistkan kerana tersangat banyak..
seorang wanita perlu  sangat mengetahui semua itu..
(kenapa macam ayat terbalik...abaikan... janji anda semua faham)


dan bagi saya, seorang surirumah tangga perlu mempunyai pHd...
wah...
errr, tak semestinya perlu sijil pHd tapi ilmu yang perlu tinggi..
untuk menjadikan anak-anak terjamin kehidupan mereka dunia akhirat..
nampaknya, saya kene ambik pHd dulu baru boleh melangkah ke alam seterusnya...=='
heee




nampaknya saya sudah tersesat jauh dari topik yang diatas..
harap maklum..
dan harap maaf..

cuma, ambillah apa yang baik dan tinggalkan apa yang salah..
semoga menjadi iktibar terutama kepada saya..
apa yang saya mengarut hari ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk 
peringatan kepada diri saya sendiri yang cetek ilmu ini..

syukran !

boleh lar bagi buku kat saya...hee :)


wallahualam....^_^











Monday, 1 April 2013

MARI KENAL MUSTAFA KAMAL ATATURK



" Dan bertasbihlah kepadaNya pada waktu pagi dan petang"

[Surah Al-Ahzab : 42 ]


Assalamualaikum....


Nampak tak habuk habuk itu.. lama tak bukak.. mai sini, ana nak cerita.. cerita tentang seseorang yang dah terkenal... semoga jadi iktibar untuk semua...


  1)  Mustafa Kamal Ataturk dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar Salonika, Greek yang mana ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi yang bekerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada juga yang mengatakan beliau bukan bapa kandung Ataturk.




2) Ketika berusia 12 tahun, Ataturk masuk ke Sekolah Tentera Salonika dan menyambung pelajaran ke Akademik Tentera Monasitar. Kemudia Ataturk ke Kolej Tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraan.

3) Siapa yang masih tidak mengenali Ataturk ??  Ataturk lah yang bertanggugjawab meruntuhkan kerajaan Islam yang kita banggakan selama hari ini... masih ingat tarikh 3 MAC 1924 ??? Tarikh yang menjadi pemula kepada kejatuhan Khalifah Islamiyah yang telah dibina sejak dahulu.

4) Sultan Abdul Majid yang merupakan Khalifah yang terakhir telah diusir dari pentadbiran hasil daripada mesyuarat Majlis Nasional yang diketuai oleh Ataturk. Semuanya telah dirancang !

5) Selepas pemerintahan Turki diambil alih oleh Atartuk, banyak perkara yang telah ditetapkan oleh beliau.. Antaranya :

 1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

 2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

 3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

 4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."

 5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

 6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

 7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

 8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki. 

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

 10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat. 

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja. 

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah. 

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin. 

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam. 

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin. 

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.


Istanbul

haa, banyak nombor kan kali nie ? Cuti lepas duk hadap buku pasal Kamal Ataturk.. Jadi, ana kongsi lar.. 
kongsi apa yang orang dah tahu.. tapi tape.. sekadar ingatan balik jea.. Syukran semua.. 

yang last, doakan ana yea.. :)