Tuesday, 22 July 2014

Untittle




Saat aku serahkan hati ini untuk mencintai Allah dan Rasulnya,

Ku mula sedari bahawa hati ini telah di sentuh oleh insan bergelar adam,

Lantas ku berbicara pada tuhanku,

Didiklah cinta hatiku ini dalam keimanan dan keredhaanMu,

Jadikan rasa cinta ini tidak melebihi cintaku kepadaMu,

Agar cinta ini bukan cinta palsu dan ikutan nafsu,

Tetapi cinta hati ini adalah satu anugerah dariMu.



Aku mencintaimu kerana agamamu,

Jika hilang agama dalam dirimu,

Maka hilanglah cintaku kepadamu.



Ku serahkan cinta ini sepenuhnya pada Pencipta kita.

Allah matlamat utama,

Rasulullah suri teladan ikutan,

Al-Quran menjadi peraturan bermakna,

Syurga tempat idaman semua.




#Ramadhan Kareem




Sunday, 4 May 2014

Ajaibnya Sedekah


Bismillahirrahmanirrahim...

"Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang diatasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu jadilah ia bersih. Mereka tidak menguasai sesuatu pun dari apa yang mereka usahakan dan Allah tidak memberi petunjuk kepada yang kafir"

[Al-Baqarah : 264]

Ini cerita tentang seorang kawan. Sejak aku mengenalinya, dia memang seorang yang biasa. Terdiri daripada keluarga yang biasa. Tapi dia seorang yang pemurah. (mungkin) Dia selalu bersedekah. Aku agak selalu bermusafir bersamanya termasuklah ke kota Metropolitan, Kuala Lumpur. Memang ramai gelandangan mungkin yang menagih simpati memohon sedikit rezeki. Dia segera menghulurkan sedikit wang walaupun kami semua tahu ianya mungkin adalah sindiket. Tapi bukan semua peminta sedekah yang menjadi pilihan kawanku ini. Aku pernah menyoalnya.


Katanya "kita jangan bagi dekat orang yang mampu untuk membuat kerja lain".
Aku pun bertanya "maksud mampu itu macam mana ?"
"Lihat kepada keadaan fizikalnya. Jika masih sihat walafiat, jangan bermurah hati dengannya.", kawanku menjawab.


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Seseorang yang terbiasa dengan meminta-minta, dia akan datang pada hari kiamat tanpa secebis daging pun di wajahnya. - Riwayat Bukhari dan Muslim


Ada beberapa perkara yang terjadi kepadanya akibat daripada sedekah yang membuatkan aku kagum dan bertambah yakin dengan janji Allah dan hadith Rasulullah : 
Dari Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “ Tidaklah harta menjadi berkurang kerana sedekah, dan tidaklah seseorang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kehormatan kepada dirinya; dan seseorang tiada bersikap merendah diri kerana Allah , melainkan ia akan diangkat darjatnya oleh Allah .”
( HR Muslim dan Tirmidzi )



Betul ! Disaat kawanku itu hanya mempunyai beberapa ringgit sahaja dan mempunyai masalah untuk mengeluarkan duit dari akuan banknya, dia hanya membaca beberapa ayat dari Surah Al-Talak ayat 2 dan 3 yang dikenali dengan ayat seribu dinar. Mungkin dia juga turut rungsing tapi dia tahu Allah sentiasa ada untuknya. Tanpa disangka-sangka, pada keesokkannya, ada orang yang membayar duit kepadanya. Bukan itu sahaja, tetapi banyak peristiwa yang berlaku yang menunjukkan kekuasaan Allah tentang kelebihan dan keajaipan sedekah. Kawanku ini memang tidak pernah berkira jika dia ada. 


Dari situ aku mula belajar bahawa sedekah itu bukan perlu dilakukan ketika kita sudah kaya, tetapi bersedekahlah untuk kaya. 




Tidak rugi sedikit pun kerana di dalam setiap harta yang kita ada, mungkin terdapat rezeki orang lain juga didalamnya. Maka, haruskah kita menahan rezeki orang tersebut untuk sampai ke tangan orang yang berhak itu ? 




So, tunggu apa lagi.. Jangan rasakan elaun dan gaji kita tidak cukup untuk diberikan kepada orang lain sebab manusia memang tidak akan pernah merasa cukup. Abah saya selalu cakap "abah sangat takut kalau Allah uji kita dengan harta sebab tidak ramai yang mampu untuk menghadapinya"... Makin banyak kita ada, makin kita rasa tidak cukup. Maka, bersedekahlah.. :)





Sedikit penerangan dari potongan ayat diatas..

Sedekahlah dengan seikhlas hati, bukan mengungkit, merungut, membidas dan menyakiti hati orang yang menerima sedekah kerana perbuatan ini haram dan akan merosakkan niat bersedekah. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 264 bermaksud, Allah telah membandingkan orang yang mengungkit dalam amalan sedekahnya seperti “Batu licin yang terdapat tanah diatasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat. Setelah hujan reda, batu itu sudah licin dan tiada lagi tanah di atasnya. Demikian juga dengan orang yang kafir dan riak. Mereka gagal mendapat satu ganjaran pahala daripada apa yang telah diusahakan. Dan ingatlah bahawa Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum kafir.”

Wallahualam.. Maaf salah silap.. ^^





Monday, 28 April 2014

Doktor Segala Doktor

Bismillahirahmanirohim...


Bila kita dalam keadaan stress atau tertekan, kita mencari lagu yang sesuai dan kene dengan jiwa untuk di dengar, bukan cari alunan ayat-ayat Al-Quran yang mampu buat jiwa kita bergetar.

Bila kita dalam kesedihan, kita cari teman untuk berkongsi ratap tangis kita, bukan dikongsi dengan Tuhan Yang Maha Mendengar semua rayuan hamba-hambaNya.

Bila kita marah, kita sering menjerit, meninggikan suara, menggunakan kata-kata kesat dan nista, bukan kita diam, berwudhu dan solat sunat dua rakaat dan sujud padaNya.


kalau rasa marah, diam jea..inshaallah tenang.. ^^


Bila kita rasa tertipu dengan seseorang, kita mudah berdendam dan mahu membalasnya lebih teruk dari apa yang mereka lakukan, bukan kita bersabar dan berdoa biar Allah bukakan hatinya untuk sedar dari kesalahan.

Bila kita tidak menyukai seseorang, kita cuba mencari kelemahannya, memfitnah atau bergosip dan menyebarkan keaibannya sini sana, bukan kita cuba mengenalinya dengan lebih dekat untuk tahu masalah dan dirinya yang sebenar.

Bila kira rasa kurang motivasi dan perlukan inspirasi, kita lihat pada 'orang-orang kaya dan ternama' di dunia, bukan kita lihat dan belajar dari mereka yang sudah dijanjikan syurga olehNya 'disana'.

Carilah segera Doktor Segala Doktor. 'Doktor' ini Maha Mengetahui. 'Doktor' ini Maha Penyayang. 'Doktor' ini Maha Mengasihani. Hanya Dia yang mampu menyembuhkan kita. Bukan manusia.. Doktor Segala Doktor ini ialah Allah Azzawajalla...Tuhan saya, awak dan kita semua.. :)




************************************************************

Artikal ini saya ambik dari buku yang baru saya beli semasa 'book fair' 2014 yang bertajuk "Diagnosis" karya Dr.Anwar Fazal, Dr. Aizzat, Dr. Azah terbitan Dubook.



Walaupun ada diantara kita yang rase agak janggal dengan syarikat Dubook, tapi apa yang yang saya boleh simpulkan bahawa, buku-buku terbitan Dubook memang awesome ! Cara penyampaian yang santai dan sangat unik even kertas yang digunakan berwarna kuning yang recycle..
 (*macam tolong promote pulak..huhu)


Apa-apa pun, banyakkan membaca kerana ia adalah kunci segala ilmu. Jangan terpedaya dengan slogan si pemalas iaitu "membaca buku atau berguru dengan buku ialah berguru dengan syaitan".

Apa guna Allah menurunkan ayat pertama iaitu "Iqra" ? Apa erti para ulama' mengarang banyak kitab jika ia hanya untuk disimpan di gedung sahaja ? Rakyat Malaysia memang sudah banyak membaca tapi lingkungan bacaan masih kecil dan berputar pada benda yang sama. Jadi, jom kita sama-sama luaskan pembacaan kita sampai ke negara Korea.. *tetibe*

Akhir kata, wallahualam.. Maaf salah silap ^^







Saturday, 12 April 2014

Wanita Bekerjaya


Bismillahirahmanirahim...

"Apabila solat telah dilaksanakan, maka bertebaranlah kamu dibumi Allah, carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak agar kamu beruntung"

[Al-Jumu'ah : 10]


Assalamualaikum... :)


uhuk..uhuk.. berhabuk kan blog seindah fantasi nie ? hee


Untuk pengetahuan sidang hadirin sekalian, saya Nur Suhada, tuan punye blog ni baru sahaja menamatkan pelajaran diplomanya.. Okey.. Sila tepuk tangan..haha.. Sebab tu dah lama sangat tak bukak dan tak update blog nie.. Sibuk la katakan.. jap ! Alasan semua tu.. Kan ? Manusia memang suke mencipta beribu-ribu alasan.. Okey..Maaf semua.

Bila dah habis belajar ni, semua orang maklum kan, ada kawan2 yang sudah start bekerja dan ada juga yang menjadi surirumah membantu umi di rumah. Sudah tentu saya bukanlah dari golongan kedua yakni duduk dirumah. Saya pun mula memasuki alam pekerjaan. cewaahh..apasal skemata sangat ayat ni..ngee



Bila dah bekerja ni memang sangat penat.. Tak sempat nak buat ape-ape pun..(over je ni). Tapi memang lumrah orang bekerja terutamanya perempuan. Mase bujang ni boleh lar lagi kalau setakat nak tengok-tengok TV waktu malam sambil buat kerja untuk kelas mengajar esok..

Saya cume terfikir, macam mana orang yang sudah memegang taklifat sebagai ibu dan isteri sekaligus seorang yang bekerja.. Macam mana pengurusan masa mereka ? Sempat ke ? Saya pernah lar jugak terdetik, kalau dah kahwin, tak nak lar kerja.. Nanti tak dek masa untuk anak-anak dan suami.. Boleh ke macam tu ? Okey...Yang lain jangan terasa..huhu

Menurut pelatih pemulihan profesional dan Pengarah Urusan C&P Ventures Sdn. Bhd, Evelyn Ch'ng, wanita yang hanya ingin mengutamakan kerja tanpa mempedulikan hal lain, perlu melupakan tentang niat untuk bersuami dan anak.

Hah, terkedu lepas jumpa fakta tersebut. Okey.. Setiap masalah ada jalan penyelesaian. Kebanyakan kaum wanita yang bekerja mempunyai alasan mereka yang tersendiri. Antaranya ialah, "aku dah belajar sampai master, takkan nak duduk kat rumah jea..nak jugak mempraktikkan apa yang aku belajar".. Itu satu hal.. Betul lar kan.. Ibubapa sekarang lebih cenderung untuk menghantar anak mereka melalui pendidikan formal. Ada yang belajar sampai phd dan sebagainya.

Ada juga wanita yang bekerja untuk membantu suami. Point ni sangat penting. Dalam kos sara hidup yang semakin meningkat dari tahun ke tahun, gaji suami sahaja kadang-kadang tidak dapat menampung kos pembelanjaan anak-anak dan isteri. Lantas, isteri turut sama terjun ke alam pekerjaan untuk membantu suami dalam rumahtangga. Dalam keadaan ekonomi sekarang, wanita lebih praktikal untuk bekerja untuk membantu ekonomi keluarga. :)




Saya pun fikir perkara yang sama..huhu..  Wanita yang bekerja sangat perlu untuk mahir mengurus masanya bersama anak-anak dan suami. Kualiti masa bersama anak-anak dan suami lebih penting dan lebih efektif berbanding kuantiti. Saya pernah berbincang tentang perkara ini dengan pensyarah  saya yang juga merupakan seorang ibu. Beliau berkata kepada saya, "berapa ramai remaja yang terlibat dengan msalah dadah yang mempunyai ibu yang bekerja sebagai surirumah?" dan "Berapa ramai remaja yang terlibat dengan kegiatan merokok yang mempunyai ibubapa yang bekerja ?"

Kesimpulan saya dapat saya buat ialah, bukannya berapa banyak masa  yang diperuntukkan untuk anak-anak penentu kepada kecemerlangan anak-anak samada dari sudut akhlak dan pelajarannya. Akan tetapi, metod (cara) yang digunakan oleh suami dan isteri dalam membentuk anak-anak mereka  sejak dari pemilihan bakal suami atau isteri...*okey mengarut..huhu



Pada masa yang sama, wanita perlu faham bahawa peranan sebagai ibu dan isteri sangat penting untuk mendidik anak-anak menjadi pemimpin masa hadapan. Bukan saya katakan kerja itu tidak penting akan tetapi seiringkan ia. Memang susah tapi ia tidak mustahil untuk dilakukan. Ada beribu kelebihan untuk wanita yang bekerja. Tidak perlu saya huraikan disini.



Walau setinggi manapun jawatan yang disandang, kebijaksaan dalam mengurus rumah tangga sangat penting. Wanita yang bekerjaya perlu bijak. Peranan suami juga amat bermakna dalam membantu isteri mencorak rumahtangga anda. Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun! - Saidina 'Ali... Dan yang paling penting ialah komunikasi antara suami isteri dan anak-anak..cewahh.. Gaya motivator dah..huhu

Okey..dah panjang pulak saya membebel.. Itu hanyalah sekadar pandangan saya as budak sekolah yang masih muda. Harap maklum. Bagi saya sendiri, saya tak kesah pun samada perlu bekerja atau menjadi surirumah.. Sekian.. Terima kasih bagi yang sudi membaca bebelan saya. Maaf salah silap. Wallahualam :)